Masalah penyakit Osteoporosis atau dikenali sebagai Tulang Rapuh, dimana ia boleh dielakkan jika anda sentiasa mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.Â
Apakah Tulang Rapuh?
Anda pasti sering tertanya-tanya apa sebenarnya Osteoporosis ini bukan? Kerana penyakit ini sering disentuh dalam media massa seperti surat khabar, laman web, laman media sosial dan sebagainya.Â
Menurut definisi yang sebenar, ia adalah satu keadaan dimana tahap kepadatan tulang badan mula berkurangan secara beransur-ansur lalu menyebabkannya menjadi lebih rapuh dan mudah patah.
Semasa di usia muda, kesihatan tulang terjaga dengan baik melalui penggantian tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu-tisu baru.Â
Namun hal yang sebaliknya berlaku apabila usia seseorang semakin meningkat begitu juga bagi golongan wanita yang sudah tidak lagi mengalami haid ( menopaus ).Â
Kenapa Golongan Wanita Mendominasi Masalah Tulang Rapuh, Benarkah Kenyataan Ini?
Apa kaitan antara status jantina seseorang dengan penyakit Osteoporosis? Sekali baca anda pasti akan merasa bingung dengan persoalan tersebut.Â
Bagi mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan dari sudut sains dan perubatan ia adalah hakikat yang tidak dapat disangkal akan kebenarannya.Â
Mari saya terangkan kepada anda bagaimana hal tersebut terjadi.Â
Antara punca utama yang mengaitkan masalah tulang rapuh dengan golongan wanita adalah disebabkan kandungan hormon estrogen yang terdapat dalam badan.Â
Tahukah anda bahawa hormon tersebut (estrogen) penting dalam pembentukkan tulang yang kuat. Apabila kaum wanita mengalami situasi putus haid atau dalam bahasa perubatannya dipanggil menopaus, kandungan hormon estrogen akan menurun.Â
Kepadatan tulang-tulang badan yang dahulunya kuat secara tidak langsung terjejas akibat kejadian ini.
Apakah Gejala-Gejala Yang Boleh Anda Alami Apabila Menghidap Penyakit Osteoporosis?
Untuk pengetahuan anda, simptom-simptom penyakit Osteoporosis tidak akan menyerang dengan begitu awal.
Anda akan dapati ia muncul setelah beberapa tahun. Antara gejala-gejala yang mudah untuk dikenal pasti adalah seperti :Â
- Terjadi penurunan ketinggianÂ
- Struktur badan menjadi lebih bongkokÂ
- Sakit belakangÂ
- Sakit sendiÂ
- Kepatahan tulang yang terjadi tanpa insiden trauma atau hentakan kuat akibat penipisan kepadatan tulang yang berlaku.Â
Apakah Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan Untuk Atasi Osteoporosis?
Baiklah, kini kita tiba kepada perbincangan tentang kaedah penyelesaiannnya. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk.Â
- Melakukan senaman yang bersifat mengukuhkan kekuatan tulang seperti berjogging, lompat tali ( skipping ) senaman aerobik dan sebagainya.Â
Cuma anda perlu ingat, senaman-senaman seperti ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang sudah berusia.
Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bersenam kerana terdapat alternatif-alternatif lain seperti :Â
- Berjalan pantas ( Brisk Walking )Â
- Senaman renggangan badanÂ
- Berbasikal setempatÂ
- BerenangÂ
- Mengurangkan tabiat yang meningkatkan risiko tulang rapuh seperti merokok dan minum alkohol.Â
- Meningkatkan kandungan kalsium dalam setiap hidangan diet harian. Kandungan kalsium yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 1g sehari.Â
- Pengambilan suplemen seperti Vitamin D yang boleh didapati di farmasi-farmasi terdekat juga amatlah digalakkan.Â
- Akhir sekali, anda pasti tidak sangka bahawa kurma juga merupakan sejenis buah yang turut menyumbang kepada pembentukkan tulang yang kuat.Â
Ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi dan terdiri daripada gula, serat, zat besi begitu juga dengan kalsium.Â
Secara kesimpulannya, kaum wanita harus lebih berwaspada dalam penjagaan kesihatan tulang kerana mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya berbanding dengan kaum lelaki.Â
Namun, harus diingat juga bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Begitu juga dengan hal yang demikian di mana penyakit osteoporosis dapat dielakkan jika anda mengambil langkah-langkah pencegahan awal.Â
Semoga bermanfaat.